Laman Web SMK Batu 4
  Menu Utama
 

Pengetua SMK Batu 4, Gerik, Perak (2007-...)
Tn. Hj. Abdul Majid b. Mohd Nor

                    Assalammualaikum w.b.t  
 
   Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa kesyukuran kehadirat Allah s.w.t kerana dengan keizinan darinyalah maka Cikgu Ismi bekas tenaga pengajar SMK Batu 4, Gerik telah berjaya mengusahakan agar satu laman web sekolah dapat dipaparkan kepada umum.
  Menurutnya, beliau cuba untuk menyiapkan laman web sekolah tersebut ketika beliau berada di sekolah ini, namun usaha beliau sedikit demi sedikit dan dengan kekangan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan maka pembinaan laman web sekolah telah tergendala buat seketika.
  Namun janji beliau, beliau akan cuba sedaya upaya untuk melahirkan asas utama laman web pada peringkat permulaan dan pemurniaannya akan disambung oleh guru yang lain nanti.
  Saya juga selaku Pengetua baru yang ke 5 telah datang mula berkhidmat mulai Jun 2007 mendapati bahawa SMK Batu 4, Gerik ini masih terlalu muda dan seiring dengan pembangunan ICT secara globalisasi menginginkan agar SMK Batu 4 juga boleh turut sama bersaing dengan sekolah-sekolah yang telah matang dari sudut pedagogi serta ICT nya.
  Saya yakin dengan adanya tenaga pelajar yang agak kecil, namun dengan penyatuan tenaga-tenaga ini nanti akan dapat mengemblingkan satu tenaga yang dinamik agar dapat menjayakan apa saje projek demi pembangunan anak-anak bangsa khasnya di Gerik ini.
  Walaupun kedudukan sekolah ini berada di hulu Negeri Perak, namun dengan adanya pembangunan ICT serta lain-lain projek yang sedia ada seperti i-Earn yang suatu ketika dulu telah melakarkan sejarah pertama buat SMK Batu 4, Gerik dimata dunia akan mengembalikan semula pembangunan ICT sekolah dalam usaha membentuk insan kamil serta membangunkan modal insan bertaraf dunia pada minda kelas pertama, insyallah.
   Saya juga berharap dengan adanya satu wadah berbentuk laman web ini bukan sahaja dapat mempamirkan sekolah ini kemata dunia, tetapi dapat juga dijadikan satu medium untuk berinteraksi antara guru-guru,ibubapa dan pelajar dalam pembangunan pedagogi.
  Semoga usaha ini akan dapat terus berkekalan dan memberi manafaat yang semaksima kepada semua pihak.

Akhir kata, oleh kerana pembinaan laman web ini masih diperingkat permulaan, saya mengharapkan komentar yang membina dapat disalurkan terus kepada SMK Batu 4, Gerik, Perak

Wassalam
 
  Jumlah Pelawat hari ini 23893 visitors (55515 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free